Permulaan cabaran sebagai seorang pelajar

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2016 telah pun bermula. Tentunya ibu bapa telah menarik nafas lega kerana segla persiapan persekolahan anak anak telah dapat diuruskan dengan sebaik mungkin. Tahniah. Namun demikian, perjuangan anak anak baru sahaja bermula kerana kecemerlangan seseorang murid bukan hanya bergantung kepada akademik, malah ko-akedemik dan ko kurikulum.

Untuk hasil itu, seseorang murid perlu mempunyai kekuatan tubuh badan,minda dan semangat untuk bersaing di kalangan murid murid lain. Panduan berikut boleh membantu menjadikan seseorang murid itu menjadi pelajar yang hebat dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Berikut merupakan petua petua dan ciri ciri yang ada pada seseorang pelajar cemerlang, panduan ini dipetik daripada Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan :


  1. Menggunakan kedua dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua dua belah otak tersebut. 
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian mendapati bahawa  
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar 
    • kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan 
    • kita ingat 90% setelah  dipraktikkkan            
     3.  Belajar secara aktif dengan pen/pensil di tangan
     4.  Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
     5.  Belajar dalam persekitaran yang kondusif :

    • pastikan cahaya adalah terang 
    • kurangkan gangguan bunyi 
    • tampal poster/slogan yang mampu menaikkan semangat untuk belajar 
    • tampal gambar gambar yang menenangkan fikiran 
    • pastikan kerusi dan meja menghadap kiblat 
    • jangan lupa untuk senyum 
      6.  Tidak ponteng kelas. Jika kalau tertinggal, sila dapatkan salinan nota/latihan dari rakan atau
           guru.
      7.  Mengulang kaji menggunakan kaedah "output learning" iaitu belajar untuk melatih otak
           menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota,
           imbas kembali, lakar/lukis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
      8.  Tahu teknik merangsang memori :

    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat didalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunkan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
      9.  Sentiasa awal dan mendahului :

    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif kepada guru  
    • pelajar yang mendapat A dalam ujian lazimnya akan akan dapat mengekalkan kejayaannya 
    • belajar awal sewaktu tiada tekanan adalah tidak membosankan 
             untuk sentiasa awal, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru memulakan pengajaran

     10.  Berbuat baik dengan guru dan sentiasa menghormati dan sayangi guru
     11.  Mempunyai teknik belajar yang betul :

    • duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap topik yang dipelajari 
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca (lagi banyak deria berfungsi lagi berkesan)
    • menyesuaikan kelajuan bacaan dengan kesukaran bahan bacaan 
     12. Sentiasa awasi dengan pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong,suka bertangguh dan
           malas.
     13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas solat,sebelum mengulang kaji,dan sebelum
           menghadapi peperiksaan.
     14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
     15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
     16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).
           Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas
           bangun daripada tidur,selepas mandi air panas,selepas membaca Al Quran/zikir,selepas riadah            dan selepas berdoa.
     17. Mengulangkaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (Kajian mendapati bahawa            kita akan lupa sebanyak 80% selepas belajar).
     18. Tahu bahawa aktiviti mengulangkaji pelajaran merupakan aktiviti  pembelajaran yang amat                penting sebelum menghadapi peperiksaan.
     19. Mengulangkaji secara bersendirian atau berkumpulan.
     20. Mengulangkaji pelajaran secara berulang ulang kali.    

#efektifmindawawasan
#emwtc

Comments

Popular Posts