Ibu bapa mulai faham konsep PT3

Ibu bapa mula memahami dengan lebih baik tentang konsep Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diperkenalkan sejak tahun lepas, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata PT3 iaitu satu daripada empat komponen dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dianalisis oleh pihak sekolah dan bukan dilakukan secara berpusat.

Selain PT3, katanya, yang turut diambil kira ialah Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Mahdzir berkata memandangkan sistem pendidikan negara telah lama mengamalkan peperiksaaan berpusat bermula dari darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5, sistem PBS berkenaan masih dalam proses penerimaan para pelajar dan ibu bapa mereka.

" Namun, setelah dua kali PT3 dilakukan kita lihat ada peningkatan dari segi pemahaman dan ibu bapa mengenai keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan kita lihat masyarakat mula menerima sistem baharu ini," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan PT3.
Keputusan PT3 2015 dikeluarkan hari ini

Beliau sebelum itu menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Multimedia Development Corporation (MDeC) dan International Society for Technology in Education (ISTE) bagi pembangunan persekitaran teknologi pendidikan mampan.

Mahdzir berkata sistem pentaksiran itu turut diaplikasi di negara-negara maju iaitu sekolah rendah dan menengah rendah tidak mempunyai peperiksaan berpusat dan peperiksaaan hanya dibuat di peringkat sekolah.

- dipetik daripada Bernama -


Salam, kami di Pusat Tuisyen Efektif Minda Wawasan sentiasa menyokong apa juga perubahan serta transformasi yang cuba dilakukan oleh pihak kementerian supaya pendidikan negara mencapai standard seperti negara negara maju dunia yang lain.  Semoga pihak kementerian terus mempertingkatkan usaha supaya anak-anak pelajar mendapat manfaat daripadanya.

#efektifmindawawasan
#emwtc


Comments

Popular Posts