Pusat Tuisyen Menjadi Pilihan Ramai Ibu Bapa

Memang benar bahawa ramai ibu bapa kini gemar menghantar anak anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini kerana bagi mereka, belajar di pusat tuisyen boleh memberikan keputusan peperiksaan yang lebih baik. Sesetengah keadaan, pusat tuisyen menyediakan kemudahan yang lebih selesa. Mereka juga menyediakan kerusi dan meja yang mahal dan menarik. Malah pihak pentadir pusat tuisyen tersebut juga mampu untuk menyediakan peralatan pengajaran yang lebih canggih berbanding sekolah pada hari ini. Terdapat juga pusat tuisyen yang menyediakan projektor LCD, slaid, dan penggunaan trasparensi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Malah, ada juga pusat tuisyen seperti Pusat Tuisyen Efektif Minda Wawasan yang melakukan inisiatif dengan menyediakan kemudahan yang canggih seperti LED SmartBoard bersaiz 70 inci untuk kemudahan para pelajar. Dengan ini, pelbagai kemudahan yang dapat di sediakan untuk menarik minat para pelajar untuk belajar. 
Pengusaha pusat tuisyen yang kaya, mampu menyediakan pendingin hawa di setiap bilik darjah yang digunakan. Apabila suhu didalam bilik darjah lebih sejuk maka sudah tentu suasana persekitaran bilik darjah lebih nyaman. Hal ini memberikan situasi pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik. Malah para pelajar tidak akan berasa cepat mengantuk berbanding di sekolah yang rata ratanya menyediakan kemudahan kipas. Oleh itu, sudah tentu para pelajar dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Selain daripada itu, para pengusaha yang inginkan keuntungan, akan menyediakan perkhidmatan yang baik. Mereka sanggup memberikan bonus kepada pekerja mereka supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan berkesan. Seandainya, mereka dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti lebih ramai lagi pelajar akan datang untuk belajar di pusat tusiyen mereka. Hal ini seterusnya, akan menaikkan nama syarikat mereka. Justeru, sudah tentu ini akan menambahkan pendapatan mereka kerana keuntungan mereka bergantung kepada para pelajar tersebut semata mata. 
Terdapat juga pusat-pusat tuisyen yang sanggup menawarkan gaji yang lumayan kepada para tenaga pengajarnya. Mereka dibayar gaji permulaan yang tinggi bagi menarik minat guru-guru untuk mengajar di pusat tuisyen mereka. Oleh sebab itu, ramai guru sekolah kerajaan yang sanggup mengajar di pusat tuisyen untuk mendapat gaji tambahan. Terdapat juga guru sekolah kerajaan yang sanggup berhenti kerja dan berkhidmat di pusat-pusat tuisyen. Selain daripada itu, terdapat juga guru-guru lepasan universiti yang bekerja sebagai tenaga pengajar tetap di pusat tuisyen. Oleh itu, mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas pasti akan mengembangkan ilmu pengetahuannya kepada para pelajar. Guru-guru tersebut akan menjadi contoh yang berguna kepada para pelajar disitu. 
Bagi pentadbir yang bijaksana, mereka akan menyediakan sukatan pebelajaran yang lebih canggih berbanding sekolah. Hal ini kerana, sukatan pelajaran di sekolah hanya bergantung kepada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sahaja. Malah sukatan ini telah digunakan sejak 20 tahun yang lalu. Pentadbir pusat tuisyen yang inginkan kemajuan dan berdaya saing telah menggunkan sukatan pelajaran yang terkini dan efisen untuk meningkatkan mutu pengajaran dan kecemerlangan pelajar.
Kita sedia mengetahui bahawa para pelajar yang belajar di pusat tuisyen memang inginkan kemajuan. Seandainya guru-guru di sekolah mereka mengajar sambil lewa sahaja sudah tentu para pelajar yang lemah akan menghadapi kesukaran untuk memahami isi pelajaran yang diajar. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat sekolah-sekolah yang menghadapi kekurangan guru untuk mengajar. Bagi mengatasi masalah tersebut, cara penyelesaiannya adalah dengan mengambil guru sementara untuk mengajar disekolah berkenaan. Oleh sebab guru sementara ini tidak mempunyai pengalaman untuk mengajar, maka sudah pasti mereka tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Selain daripada itu guru sementara ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Mereka juga tidak diberikan bimbingan khusus untuk menarik minat para pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan ini, kekurangan guru sekolah diselesaikan seperti melepaskan batok di tangga. Apabila mereka mengalami masalah sedemikian maka sudah tentu para ibu bapa pelajar akan memilih pusat tuisyen sebagai tambahan kepada pembelajaran anak-anak mereka. Sesetengah pelajar yang lemah begitu sukar untuk memahami isi pelajaran yang diajarkan oleh guru di sekolah. Masalah ini berlaku terutama sekali pada subjek subjek yang sukar seperti Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains Tulen. Oleh sebab itu, bagi mengatasi masalah para pelajar yang tidak faham tentang isi pelajaran pada hari itu, jalan keluarnya ialah dengan menghadiri kelas tuisyen. 
Hal ini ditambah lagi apabila ibu bapa tidak dapat memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka kerana bukan semua ibu bapa yang berpelajaran tinggi. Selain itu, sesetengah ibu bapa tidak memahami isi pelajaran bagi satu satu subjek.  Oleh itu, mereka sukar untuk menerangkan isi pelajaran kepada anak-anak mereka. Pilihan yang terbaik kepada ibu bapa ialah menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen yang terletak berhampiran dengan mereka. Oleh itu, ramai ibu bapa memilih pusat-pusat tuisyen sebagai tempat bagi menambahkan ilmu pengetahuan anak anak mereka. jelaslah bahawa ibu bapa lebih berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pusat tuisyen berbanding di sekolah bagi menyelesaikan masalah pelajaran anak-anak mereka. 

Pusat Tuisyen Efektif Minda Wawasan sedia membantu dan mengembangkan potensi anak-anak anda        
#efektifmindawawasan 
#emwtc 

Comments

Popular Posts