Sedikit pesanan daripada pihak pengurusan

Salam perjuangan buat anda yang berjuang atas landasan perjuangan islam yang sebenarnya.

Sebagai umat islam yang berpegang teguh dan kuat kepada konsep Tauhid yakni segala-galanya akan berputar, berpusat dan berpaksi kepada keEsaan Allah SWT sebagai Tuhan yang mencipta sekalian alam ini, maka berlandaskan kepercayaan ini, apa jua prinsip atau undang-undang yang digubal, hatta, atas nama keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat dalam perkampungan global ini yang pada zahirnya nampak murni dan muluk-muluk belaka. Namun, tidak ada ertinya sama sekali jikalau tidak bersandarkan kepada accountability atau pertanggungjawaban manusia kepada Allah sebagai khaliq.

Terlebih malang lagi jikalau pertanggungjawaban umat islam sendiri kepada Allah digantikan dengan pertanggungjawaban kepada hamba-hamba ciptaanNya semata-mata, secara mutlak dan muktamad kerana umat islam lah yang patut lebih insaf akan siapa Tuhan dan siapa Hamba. Patut lebih kenal akan Allah daripada golongan yang tidak beriman. Tidak ada alasan tentang hal itu.

Jikalau Allah SWT tidak diletakkan sebagai Tuhan dan Tuan yang sebenar, maka berlakulah suatu tragedi makhluk yang paling parah iaitu penyembahan kepada yang selain daripadaNya. Maka terbuka luaslah pintu-pintu fitnah dan unsur-unsur kebathilan yang bakal menjemput pelbagai kegawatan serta kecelakaan manusia dan 'alami - Wallahualam.......

#efektifmindawawasan
#emwtc



Comments

Popular Posts