MoTiVaSi 2 : Menghindari Jenayah Disekolah
Santapan Minda oleh Dr Ismail Zain
Jika disebut perkataan jenayah ia amat menakutkan apatah lagi jika berlaku dalam kalangan warga sekolah.
Sebenarnya gejala jenayah ini bermula dengan segelintir murid yang melakukan tindakan hanya bertujuan sekadar dijadikan hiburan sahaja. Bagaimanapun, kadang kala ia boleh menimbulkan ketegangan di kedua dua belah pihak yang berakhir dengan tragedi.
Gejala ini boleh dibendung oleh murid-murid sejak awal lagi dengan mengambil beberapa langkah seperti berikut :
Pergaulan yang tetap dalam satu-satu kumpulan akan mengakrabkan lagi hubungan kekeluargaan dalam kumpulan tersebut tetapi meninggalkan jurang yang besar keakraban antara kumpulan. Dengan itu akan lahirlah bibit-bibit ketidakpuasan hati diantara kumpulan disebabkan beberapa perkara yang remeh-temeh.
Sebagai contoh, jika seseorang itu ditegur kerana melanggar peraturan sekolah, maka rakan-rakan dalam kumpulan itu akan bertindak campur tangan dan seterusnya berlakulah pertikaman lidah yang berakhir dengan pergaduhan.

- Bersopan santun ketika berbual : Lidah itu lebih tajam dari mata pedang, Begitulah perbandingan yang boleh dibuat tentang kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang apabila berbual. Oleh yang demikian murid-murid harus sentiasa bersopan santun dan berhati-hati ketika berkomunikasi agar tidak menyakitkan hati sesiapa.
- Emosi juga harus dikawal ketika berbual kerana terdapat segelintir murid yang telinga nipis iaitu cepat berang atau dalam erti kata lain "mental koyak atau cepat sentap" bak kata para pelajar sekarang yang merujuk kepada seseorang yang tidak boleh kawal emosinya apabila sesuatu perbualan itu menyentuh perasaan mereka.
- Berkawan secara menyeluruh tanpa mempunyai kumpulan tertentu. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berkawan secara berkumpulan adalah baik terutamanya apabila melakukan aktiviti pembelajaran seperti berdiskusi, mengadakan bengkel atau mengulang kaji pelajaran.
Pergaulan yang tetap dalam satu-satu kumpulan akan mengakrabkan lagi hubungan kekeluargaan dalam kumpulan tersebut tetapi meninggalkan jurang yang besar keakraban antara kumpulan. Dengan itu akan lahirlah bibit-bibit ketidakpuasan hati diantara kumpulan disebabkan beberapa perkara yang remeh-temeh.
Sebagai contoh, jika seseorang itu ditegur kerana melanggar peraturan sekolah, maka rakan-rakan dalam kumpulan itu akan bertindak campur tangan dan seterusnya berlakulah pertikaman lidah yang berakhir dengan pergaduhan.
- Laporan kepada guru :Setiap perkara yang berlaku yang menyebabkan kepicangan harus dilaporkan segera kepada guru. Murid seharusnya tidak perlu rasa takut atau melakukan tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut. Segala laporan yang diberikan adalah sulit dan murid tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka kerana guru serta pihak sekolah akan sentiasa memantau dan melindungi mereka.
sumber gambar : Utusan Online
Comments
Post a Comment