Belajar sendiri atau berkumpulan?

http://www.sinarharian.com.my
(KHALILAH GUSTI HASSAN & AKMAL DUNYA, 2016)

BELAJAR adalah satu proses untuk kita menjadi lebih bijak dan cemerlang. Terdapat pelbagai cara belajar sama ada berkumpulan mahupun secara berseorangan.

Belajar secara bersendiri atau berkumpulan adalah salah satu topik yang selalu ditanya sama ada di dalam bahas, atau kepada pelajar-pelajar dan para pendidik itu sendiri, terutama kepada murid dan pelajar yang menduduki peperiksaan penting seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama (STAM).

Ramai yang suka belajar secara berkumpulan, malah, tidak kurang juga yang suka belajar secara individu. Terpulang kepada pendirian dan pandangan masing-masing namun yang pastinya, kedua-dua kaedah ini mempunyai implikasi dan keputusan berlainan.

Pepatah Inggeris ada menyebut “Two brains are better than one” yang membawa maksud idea daripada dua pemikiran berlainan akan menjadi lebih baik jika digabungkan menjadi satu. Oleh sebab itu, kebanyakan orang jika ditanya pilihan manakah di tangan mereka, pasti menjawab belajar secara berkumpulan. 

Begitu pun tidak semua orang mampu fokus ketika belajar secara berkumpulan. Boleh jadi perbincangan menjadi perbualan dan niat asal untuk belajar terkeluar daripada landasan.

Kenyataan ini bukan berniat untuk menidakkan kepentingan pembelajaran secara kumpulan, jauh sekali untuk menyatakan bahawa belajar itu lebih baik. Sekadar memberi gambaran mengenai situasi yang pernah wujud dalam dua keadaan tersebut. Kerana itulah ada sesetengah pelajar lebih memilih untuk belajar secara bersendirian. 

Walau apa pun kesannya sama ada buruk atau berfaedah, ambillah segala yang positif demi sebuah kejayaan.





Comments

Popular Posts