Cabaran buat guru Malaysia

Utusan Malaysia, 25 Mac 2016

"Menjadi impian saya untuk mendidik warga Palestin untuk cemerlang dalam hidup. Saya tidak mahu ketakutan menjadi penghalang anak-anak Palestin pen dapat pendidikan demi masa depan mereka."
Hanan Al Hroub - Pemenang Anugerah Guru Global 2016.
Kata-katanya; "Kita guru boleh mengubah dunia" wajar dijadikan panduan buat semua guru di negara ini untuk lebih ersemangat mendidik anak bangsa.

Dua orang guru dari Malaysia iatu Vanesri Kasi, 26 dan Noorjahan Sultan, 45, turut tersenarai menjadi antara 50 guru yang terbaik daripada lebih 8,000 guru yang menghantar pencalonan bagi merebut gelaran Guru Global yang boleh dikatakan standing dengan Hadiah Nobel bagi dunia pendidik.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut hadir pada Majlis Anugerah Guru Global 2016 itu berkata, kejayaan dua guru Malaysia tersebut menempatkan diri menjadi 50 terbaik adalah satu kebanggaan kepada negara.

Mahdzir berkata, beliau melihat kesemua guru yang berjaya menjadi 10 calon terbaik Anugerah Guru Global 2016 itu mempunyai daya kreativiti yang tinggi da berinovasi dalam mencari kaedah baharu dalam mendidik anak-anak murid masing-masing. 

"Untuk berjaya di peringkat antarabangsa seperti di Anugerah Guru Global ini, guru kita perlu ada inisiatif dan berusaha dengan lebih gigih lagi dengan menjadi guru yang kreatif. Kementerian Pendidikan memberi kebebasan kepada mereka untuk mencipta kaedah pembelajaran baharu yang selari dengan kokurikulum sekolah. 

"Contohnya di Malaysia, kita ada sekolah untuk anak-anak Orang asli serta murid-murid daripada pelbagai etnik di Sabah dan guru-guru yang mengajar di sana boleh mencipta program yang sesuai untuk anak-anak di sana.

"Jika mereka boleh mencipta legasi begitu saya yakin guru kita juga boleh berjaya di peringkat global," jelasnya.




Comments

Popular Posts