Sumber Ilmu Alam Siber

Tranformasi pendidikan 
Oleh: DR. ISMAIL ZAIN (penasihat Pusat Tuisyen EMW)



Dalam era pendidikan masa kini, murid perlu memperoleh maklumat terkini secara pantas bagi melaksanakan tugasan atau prses pembelajaran harian.

Maklumat yang diterima mengandungi banyak fakta yang mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Walau bagaimanapun murid harus mengetahui tatacara mengakses maklumat agar dapat dimanfaatkannya dalam proses pembelajaran.


Topik Carian
Seperti yang dinyatakan terdapat terlalu banyak maklumat yang hendak dicari. Oleh itu murid harus mengenal pasti dahulu topik yang hendak dicari dengan menaip kata kunci yang menjurus topik tersebut. tindakan ini amat penting kerana tanpa ada kata kunci kita akan ditenggelami dengan jutaan maklumat yang mungkin tidak relevan dengan tujuan kita. Masa kita juga akan terbuang begitu shaja tanpa memperoleh apa-apa.

Menyimpan Maklumat
Apabila maklumat ditemukan, ada beberapa cara untuk mendapatkannya. Anda boleh menyimpannya dalam fail yang disediakan tetapi jangan lupa mencatat alamat sumber maklumat tersebut. Anda juga boleh menyalin dan menampal maklumat pada perisian pemprosesan perkataan bukan bertujuan untuk menyalin jawapan tetapi untuk mengumpul bahan sebagai nota sebelum dianalisis.

Analisis Maklumat
Anda boleh menganalisis nota yang disalin dan menggunakan fakta-fakta yang sesuai untuk digunakan fakta-fakta yang sesuai untuk digunakan dalam tugasan anda. Anda juga mungkin ingin memetik beberapa ayat atau kat-kata yang terdapat dalam laman tersebut. Hal ini boleh dilakukan dengan syarta harus meletakan nama dan sumber petikan tersebut tanpa mengakui petikan tersebut adalah hasil daripada buah fikiran anda sendiri. Walau bagaimanapun anda boleh memebri pandangan dan pendapat tentang bahan yang anda peroleh itu.

Klip Video dan Grafik
Anda juga boleh memuat turun bahan klip video atau menyalin grafik untuk dijadikan rujukan jika berkaitan. Anda harus berjati-hati dengan maklumat yang terdapat dalam klip video kerana ada yang dihasilkan oleh pelajar lain yang kandungan maklumatnya salah. Oleh itu, sila pilih klip video yang diterbitkan oleh badan penerbitan yang profesional.

Dalam kita asyik mencari maklumat, perlu juga diingatkan agar mnelak daripada melakukan perbuatan plagiarisme. perbuatan ini adalah salah malah dapat menyekat perkembangan minda kita. Oleh itu gunakan kemudahan mengekses maklumat secara bijak dan beretika.



Comments

Popular Posts