Tahukah Anda Strok Haba?

Strok haba adalah suatu keadaan paras suhu badan meningkat melebihi 40.5°CIni melebihi suhu normal badan manusia iaitu kira-kira 37.0°C. Hal ini berlaku apabila terdapat pendedahan berpanjangan terhadap panas terik yang melampau serta kekurangan minum air dan dehidrasi badan. 

Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh akan memudahkan penyejukan badan, namun ketika suhu melampau ini, haba yang terhasil melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Apabila kelembapan melebihi 100%, penyejatan peluh terhenti dan badan hilang upaya unutk menghilangkan haba. Ini menyebabkan suhu badan meningkat dan berlakunya penyahidratan yang teruk.


Comments

Popular Posts