Tips-tips belajar dengan berkesan
oleh:
Dr. Fadzilah Kamsah (motivator)
1.
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat
dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak
tersebut.
2. Merangsang kesemua
deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- Kita
ingat 10% apa yang dibaca
-
Kita ingat 20% apa yang didengar
-
Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
-
Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-
Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut
waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk
belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air
panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
4. Mengulang kaji
secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa
80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran
mengingat:
-
Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
-
Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-
Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru
adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7.
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi
penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang
biasa dilihat.
8. Cekap mengatur
jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat
jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi
pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang
masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi
ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca
surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan
awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang
positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu
sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik
kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
Comments
Post a Comment