BAGAIMANA CARA MENGATASI MALAS
Malas
adalah satu sikap yang boleh membuatkan manusia gagal dalam hidup.
Ramai yang bercita-cita tinggi tapi tidak mencapai impian tersebut
kerana sikap malas. Bagaimana cara mengatasi malas ? Cara mengatasi
malas yang paling mudah adalah mengetahui terlebih dahulu punca
mengapa seseorang itu boleh menjadi malas.
Berikut
adalah beberapa punca yang sering dikaitkan dengan malas
- Tiada motivasi diri
- Badan sering letih dan lesu kerana kekurangan vitamin
- Terpengaruh dengan orang lain
- Tiada dorongan dari orang terdekat.
- Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal
Sikap
malas ini boleh diatasi dengan cara.
- Dekatkan diri dengan tuhan untuk mengelakkan gangguan dan hasutan syaitan.
- Memperbanyakkan membaca kisah motivasi yang berkaitan dengan orang yang malas.
- Amalkan doa untuk mengelak diri dari malas
- Selalu ingat tanggung jawab terhadap keluarga dan diri sendiri.
- Tanam sikap positif dan buang segala sikap buruk.
- Tetapkan matlamat hidup dan perancangan yang rapi.
- Memperbanyakkan memakan makanan yang membekalkan vitamin dalam badan.
Untuk
mengatasi malas ini anda perlu ubah cara hidup anda.Buat sesuatu
kerja dengan pantas dan segera jika rasa malas.Jika perlu, dapatkan
orang yang boleh paksa dan kawal anda. Mula-mula tu memang rasa tak
selesa. Tapi jika malas anda dah hilang secara tidak langsung anda
akan merasa diri bebas. Kehidupan anda akan lebih senang dan mudah.
#emwtc
Comments
Post a Comment