Efektif Minda Wawasan dan Pusaka Academy Anjur Seminar Motivasi Kepada Anak-Anak Yatim Dalam Usaha Mendidik Generasi Terdidik

Efektif Minda Wawasan akan Melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menganjurkan seminar motivasi yang memfokuskan kepada anak-anak yatim dalam usaha mendidik generasi muda tersebut menjadi generasi unggul, khususnya melalui pendekatan seni bela diri.

Rumah Bakti Dato' Harun, Hulu Kelang amat bertuah kerana terpilih untuk menjadi gelanggang utama dalam program yang julung kali diadakan ini. Program ini akan diadakan pada 4 Mei 2016.

"Seminar motivasi ini antara program pendidikan yang dilaksanakan di bawah turus kecemerlangan akademik, dalam usaha EMW dan Pusaka Academy meningkatkan pencapaian akademik dan semangat dalam kalangan pelajar anak-anak istimewa tersebut yang kurang mendapat perhatian dan harapan," kata pengarah Urusan EMW, Sdr. Mohd Idzuan.

Antara objektif seminar itu adalah memastikan anak-anak tersebut mengetahui cara membina karakter diri sebagai Murobbi dan insan melalui seni bela diri, membina visi dan misi jelas sebagai pelajar, mengetahui kaedah mengurus aspek kecerdasan minda, emosi dan spiritual serta mengenal potensi diri.

Program tersebut akan disampaikan oleh Master Trainer Pusaka Academy, YM DATO' SERI UTAMA DIRAJA PROFESSOR DR.TUNKU MOHAMMAD FAIRUS IBNI YM TUNKU KHAIRUDDIN AL-HAJ yang juga selaku Ahli Lembaga Pengelola bagi Efektif Minda Wawasan. Ini juga merupakan program kerjasama pertama anjuran EMW dan Pusaka Academy bagi tahun 2016.

Pada tahun lepas, EMW telah menganjurkan beberapa program akademik dan motivasi untuk para pelajar seperti Program KBAT, Program Cuti Sekolah Bahasa Inggeris dan Bengkel Eksklusif UPSR PT3 SPM.

#efektifmindawawasan
#emwtc
#pusakaacademy


Comments

Popular Posts