Pertingkat PT3 bagi lahir pelajar berabab

Sumber: Utusan Online (29 April 2016)

Tahap penilai­an Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan ditingkatkan lagi bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melahirkan pelajar beradab dan ber­akhlak mulia akan tercapai, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Menurutnya, pe­ning­katan terhadap penilaian tersebut akan dilakukan secara berkongsi pengalaman khususnya dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran dari luar negara, supaya para pelajar tidak hanya pandai dalam akademik tetapi juga dapat membantu rakan lain yang lemah.

"Melalui PT3, peperikasaan akademik hanya dinilai sehingga band 3 manakala pencapaian tertinggi iaitu band 6, para pelajar harus terbukti telah membantu rakan-rakan yang lemah," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan forum Dialog Strategik Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo), di sini, semalam.

"Kita tidak mahu pelajar menganggap peperiksaan sebagai competition (pertandingan) tetapi ia adalah satu colaboration (kerjasama)," katanya sambil menegaskan kerajaan tidak mahu mengeluarkan pelajar yang hanya menumpukan pencapaian akademik sahaja tetapi juga mempunyai nilai-nilai peribadi yang baik dan sifa saling membantu.

PT3 adalah satu pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah dimansuhkan dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Khair memberi­tahu, Kementerian Pendidikan juga akan mengkaji penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pem­belajaran di sekolah yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara termasuk di Indonesia.

Beliau memberitahu, Malaysia mempunyai kemampuan yang tinggi untuk melaksanakan kaedah pem­belajaran tetapi masih dapat tidak melaksanakannya kerana kekangan dari segi masalah teknikal.

Dalam lawatannya ke sebuah sekolah rendah di Bandung baru-baru ini, katanya, guru-guru sekolah berkenaan telah mewujudkan satu kumpulan perbincangan dengan menggunakan aplikasi laman sosial dalam internet.

Khair berkata, Malaysia sepatutnya telah melaksanakan kaedah pembelajaran seumpama itu dan perkara tersebut akan dibincangkan oleh kementeriannya.

#efektifmindawawasan
#emwtc




Comments

Popular Posts