PIBG berperanan pupuk karakter anak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan proaktif dalam memupuk karakter anak-anak dan memastikan kejayaan mereka dalam akademik.
Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata,
ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri anak-anak mereka bagi membolehkan mereka menangkis
pengaruh negatif dan berbahaya di luar rumah.
“Membesarkan
anak-anak dengan cara yang betul bukan tanggungjawab guru dan sekolah
semata-mata - ibu bapa sebagai anggota PIBG juga perlu menjalankan
tanggungjawab mereka.
“Hubungan
erat dan komunikasi terbuka antara ibu bapa dan pihak sekolah adalah
penting untuk menyelesaikan masalah membabitkan pelajar. PIBG juga
perlu mempunyai pelan tindakan yang jelas untuk memastikan kejayaan
sekolah,” katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang, di sini hari ini.
Salleh berkata, masa depan daerah ini dan negeri banyak bergantung
pada sumbangan positif generasi muda terhadap masyarakat sebaik
sahaja mereka memasuki dunia pekerjaan.
“Masa
depan negara bergantung pada keupayaan ibu bapa dan guru dalam
melahirkan generasi yang mempunyai keupayaan untuk bersaing di
peringkat global, untuk ini dicapai mereka perlu melengkapi anak-anak
dengan ilmu yang betul dan membantu mereka mencapai kecemerlangan
akademik,” katanya.
#efektifmindawawasan
#emwtc
Comments
Post a Comment