Pupuk kesedaran di bangku sekolah
Utusan
online, 9 April 2016
Kesedaran
tentang kepentingan penjagaan alam sekitar perlu dilakukan untuk
melahirkan generasi yang sihat, bermula di bangku sekolah lagi.
Bersikap
sambil lewa terhadap alam sekitar sama seperti tidak menyayangi diri
sendiri. Persekitaran yang kotor mendedahkan masyarakat kepada
penyakit yang bahaya malah boleh membawa maut.
Timbalan
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Juhari Ahmad
berkata, pelbagai usaha diketengahkan di peringkat sekolah seperti
ceramah dan gotong-royong bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar.
“Pendidikan
dari awal dilihat lebih berkesan bagi meningkatkan kesedaran sekali
gus menyelamatkan persekitaran daripada lebih tercemar. Setakat ini,
hanya 10 hingga 20 peratus kesedaran masyarakat terhadap kebersihan
alam sekitar.
“Jika
MPS mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan,
sambutannya tidak menggalakkan walhal peranan masyarakat bekerjasama
dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) sangat penting bagi mewujudkan pembangunan mampan.
Beliau
berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Bengkel
Pengenalan Local Agenda 21 (LA21) MPS baru-baru ini. Majlis
disempurnakan oleh Yang Dipertua MPS, Suliman Abd. Rahman.
Suliman
dalam ucapannya berkata, objektif program itu adalah untuk mengenal
pasti isu-isu setempat dan seterusnya merangka ‘Wawasan Local
Agenda 21’ di sekitar Selayang.
“Dengan
bajet RM20,000, Jabatan Perancang akan merangka dan bekerjasama
dengan pihak berkaitan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti LA21.
Kesanggupan penduduk memberikan komitmen yang berterusan adalah
perkara penting untuk menjamin kejayaan program ini,” katanya lagi.
Comments
Post a Comment