Program Motivasi yang disampaikan oleh Ybhg YM DS Tunku Fairus

Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’                                              (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء).

Alhamdulillah, program motivasi yang dianjurkan oleh Efektif Minda Wawasan dengan kerjasama Pusaka Academy menampakkan satu kelainan dari sudut pengisian dan pentarbiyahan dalam kalangan anak anak pelajar malam tadi yang bertempat di surau Rumah BAKTI Dato Haron, Hulu Kelang. Masuk sahaja waktu Maghrib malam tadi sudah masuk 27 Rejab, di mana berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Dikelilingi oleh anak anak yatim, perkongsian tentang adab dan akhlak, jatidiri Islam yang sebenar dan konsep mahabbah (kasih sayang) dalam kalangan manusia sesama manusia dan manusia dengan sang Pencipta.


Pokok pengisiannya adalah semata mata untuk kita mengingati Allah dan sentiasa mengambil Rasulullah SAW sebagai Idola dalam kehidupan seharian kita. Terima kasih kepada penceramah jemputan, Ybhg YM DS Tunku Fairus atas perkongsian bersama anak anak yatim Rumah BAKTI dan anak anak pelajar pusat tuisyen kami. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua. Terima kasih kepada ibu bapa pelajar yang mengizinkan anak anak mereka turut serta dalam program tersebut.












#efektifmindawawasan
#emwtc

Comments

Popular Posts