Alhamdulillah, sesi persekolahan 2017 akan bermula. Tentunya ibu bapa telah dapat manarik nafas lega kerana segala persiapan persekolahan anak-anak telah dapat diuruskan. Tahniah! Namun demikian, perjuangan anak2 baru bermula kerana kecemerlangan seseorang murid sekarang bukan hanya bergantung kepada akademik, malah ko-akademik dan ko-kurikulum.
Untuk hasil itu, seseorang murid perlu mempunyai kekuatan tubuh badan, minda dan semangat untuk bersaing di kalangan murid-murid lain. Panduan berikut boleh membantu menjadikan seseorang murid menjadi pelajar hebat dan cemerlang dunia dan akhirat.
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada seseorang pelajar cemerlang, panduan daripada Dato' Dr Fadzilah Kamsah.
Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa...
kita ingat 10% apa yang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil di tangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif:
pastikan cahaya adalah terang
kurangkan gangguan bunyi
tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
kerusi dan meja menghadap kiblat
jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, segera salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
memasukkan maklumat dalam memori (registration)
menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
mengingat kembali (recall)
menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
memberikan tumpuan sepenuhnya
menggunakan jari telunjuk untuk membaca (lagi banyak deria berfungsi lagi berkesan)
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih dan mengantuk.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kajian menunjukkan bahawa kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulangkaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulangkaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulangkaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua atau teknik mengulangkaji:
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
duduk tegak dikerusi yang selesa
baca doa penerang hati
baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
fikir dan ingat kembali isi utama
catat/lakar
semak semula ketepatan maklumat
ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
buat rumusan
jawab soalan
tampal maklumat yang rumit di dinding
baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
jangan makan kepala ikan
jangan makan organ dalaman
jangan minum semasa makan
jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
jangan melihat kemaluan
jangan melihat buih
jangan membaca nama pada batu nisan
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
banyakkan makan kekacang
pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
jangan makan sehingga terlalu kenyang
jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
tampal nota-nota penting di dinding
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
gunakan kaedah akronim
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
mempunyai jadual belajar
patuh kepada jadual
buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulangkaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham.
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
taat kepada Allah dan rasul
mendirikan sembahyang
menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
hormati & sayangi guru
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
membantu rakan yang memerlukan
berdoa dan bersyukur kepada Allah
sentiasa bertawakal
mahir dalam setiap mata pelajaran
#efektifmindawawasan
#emwtc

Comments
Post a Comment