Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum Wbkth,

Alhamdulillah, kita sudah masuk ke dalam tahun baru, iaitu tahun 2017. Segala usaha kita di masa lalu akan kita jadikan iktibar dan teladan serta pembakar semangat untuk terus melonjak ke tahap yang lebih tinggi seiring dengan matlamat negara untuk menjadi negara Islam yang maju dan progresif.

Kejayaan demi kejayaan telah pun kami capai setakat ini dengan membawa para pelajar kami mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka masing-masing.

Ada antara mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3 seperti 6A dan 8A, ada pelajar yang sentiasa mendapat D dalam semua subjek dalam Ujian Percubaan UPSR tetapi mendapat 4A 2B dalam UPSR sebenar. Ada juga pelajar yang tidak pernah mendapat A dalam subjek PT3 tetapi berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan PT3 sebenar. Ini menunjukkan bahawa para pelajar berupaya untuk berubah kepada yang lebih baik jika mereka diberi peluang, dibimbing dan diberi kesedaran akan potensi mereka yang sebenar.

Tugas dan tanggungjawab kami di Efektif Minda Wawasan adalah untuk memastikan para pelajar kami sentiasa faham akan kepentingan pendidikan itu sendiri yang tidak hanya terhad kepada soal peperiksaan dan akademik semata-mata.

Pendidikan ialah tentang bagaimana seseorang itu boleh mencapai keputusan dan kemahuan serta matlamat mereka di samping usaha yang berterusan bagi memastikan ilmu yang dipelajari boleh diamalkan di luar bilik darjah dan di luar sekolah serta dalam kehidupan mereka yang sebenar. Penerapan nilai-nilai terpuji sentiasa dipupuk supaya mereka boleh menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang.

Pastinya, tahun 2017 merupakan tahun yang amat mencabar bagi kami sebagai pendidik dalam meneruskan kecemerlangan. Sistem pendidikan yang lebih terbuka dengan pendekatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Ppd, pihak sekolah dan PIBG serta badan bukan kerajaan melalui dasar dasar yang dibentuk, menggembleng tenaga dan fikiran, mencapai objektif pembangunan negara dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bersahsiah tinggi.

Semoga hasrat murni ini diberkati dan dirahmati Allah serta disambut baik oleh semua ibu bapa akan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Perubahan ini amat penting untuk diterapkan kepada anak-anak kita dalam meningkatkan persaingan dalam kalangan mereka untuk lebih berdaya saing.

Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2017 buat semua, semoga terus maju dan melangkah ke hadapan dengan penuh yakin...

"Kejayaan Anda Kebanggaan Kami"
"Making Tracks to Great Destination"

Mohd Idzuan Alias
Pengarah Urusan/Pendidik
Efektif Minda Wawasan, Taman Permata

layari: www.emwpermata.blogspot.my

#efektifmindawawasan
#emwtc
#tuisyen2017

Comments

Popular Posts