konsep elemen 4C


Pendidikan Abad Ke 21 ini membolehkan para pelajar untuk belajar menguasai elemen- elemen berikut untuk menyediakan diri menempuh ke tahap yang lebih tinggi. konsep elemen 4C yang terdiri dari Communiucation (komunikasi), collaboration (kolaborasi), Critical Thinking ( Kemahiran Kritis) dan Creativity ( kreativiti) telah diperkenalkan sebagai panduan untuk merealisasikan PAK 21
• Communication (Komunikasi) – murid hendaklah berkomunikasi di dalam kelas menggunakan bahan seperti pembentangan , penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dan aktiviti lain.Ini bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran dan berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan-rakan mereka
• Collaboration( Kolaborasi) – murid berkolaborasi dalam pembelajaran berlangsung dengan aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Ini untuk bertukar idea dan pandangan
• Critical Thinking ( Kemahiran Kritis) – murid mengenalpasti masalah dengan cara yang lain dan menyelesaikannya. Teknik penyoalan yang betul juga boleh digunakan
• Creativity (Kreativiti) – pendekatan guru dalam Pdp hendaklah menggunakan unsur kreativiti dalam aktiviti , kreatif pada bahan, kreatif pada soalan dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir.

Comments

Popular Posts