TRIVIA KEMERDEKAAN MALAYSIA 3

TRIVIA KEMERDEKAAN MALAYSIA 3
Allahyarham Mohamed bin Hamzah adalah individu yang menjadi tulang belakang disebalik reka bentuk rekaan bendera negara Malaysia. Beliaulah pencipta jalur gemilang yang pada waktu itu hangat diperkatakan ia menyerupai bendera Amerika Syarikat.
Sepanjang hayatnya sewaktu hidup selepas rekaannya dipilih menjadi bendera sebuah negara, Allahyarham merahsiakan idenditi sebagai seorang pencipta bendera jalur gemilang. Beliau juga tidak pernah menerima sebarang pengiktirafan semasa hidup.
Ketika Allahyarham Mohamed bin Hamzah berusia 29 tahun, Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah menganjurkan pertandingan merekacipta bendera bagi Tanah Melayu yang bakal merdeka. Allahyarham yang masa pada waktu itu merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya di negeri Johor.
Beliau mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut dan terdapat seramai 373 karyawan lain juga yang menjadi pesaing beliau. Rekabentuk yang dikemukakan oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah menjadi salah satu daripada 3 rekabentuk yang terpilih untuk penilaian terakhir.
Akhirnya, undian dibuka kepada umum dan hasil undian yang disiarkan oleh The Malay Mail pada tarikh 29 November 1949. Hasilnya menunjukkan 42% telah memilih rekabentuk Allahyarham Mohamed bin Hamzah yang menampakkan pengaruh bendera Johor iaitu bendera negeri asal beliau.
Sudah sampai masanya untuk kita kenangi dan hargai jasa insan yang memberikan kita sebuah lambang kebanggaan buat semua warga malaysia tidak kira dimana kita berada. Simbol kepada perpaduan dan keberanian setiap rakyat malaysia.
"Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semangat jiwa kami warganya"




Comments

Popular Posts