Selepas PT3 : aliran sains atau sastera ??
Untuk pelajar tingkatan 3, sebenarnya terdapat banyak aliran yang boleh diceburi semasa di tingkatan 4 bukan hanya setakat aliran sains tulen dan sastera semata-mata.
Terdapat juga aliran kemahiran yang anda boleh ikuti dengan memohon Kolej Vokasional (KV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) melalui permohonan yang dibuka setiap bulan oktober bagi ambilan januari.
Atau pun jika keputusan PT3 anda baik dan cemerlang anda boleh juga memohon untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh(SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Jika anda minat dengan latihan ketenteraan anda boleh juga memohon untuk memasuki Maktab Tentera Diraja(MTD) atau Royal Military Collage(RMC) yang membolehkan anda untuk menyambung pelajaran diperingkat diploma di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
sebenarnya disekolah harian juga ada banyak aliran aliran yang ditawarkan mengikut keputusan dan kebolehan pelajar untuk belajar subjek dalam aliran tersebut sehingga SPM nanti. Anda boleh berhubung dengan pihak sekolah atau pihak kaunselor sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
#EMWTC #efektifmindawawasan #tuisyen2018 #PT3 #SPM #upsr#tuitioncenter #pusattuisyen #tamanpermata #tamanmelawati#bukitantarabangsa #UKAYPERDANA #LembahKeramat #Best #terbaik#PPSR #Education #ilearnace #sasbadi #businessmaths #ipta #ipts#selepasPT3 #MTD #MRSM #SBP #KolejVokasional#SekolahMenengahTeknik #SainsTulen #Sastera
Comments
Post a Comment