Tips belajar 'last minute'

Kurang dari 3 minggu sahaja lagi SPM akan menjelang. Jadi, sekarang ini semua pelajar SPM berada dalam fasa pecutan akhir ataupun "last minute study" mungkin ada dikalangan mereka yang sudah bersedia dengan tenang dan mungkin juga ada yang masih lagi menggelabah atau "cuak" kerana takut dengan soalan soalan yang bakal keluar nanti. Disini ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda semua untuk berasa tenang dan lapang dada didalam fasa pecutan akhir ini.
1. Lihat balik nota lepas
Berbanding membaca kesemua isi kandungan dalam buku teks, disarankan membaca nota yang diberikan oleh guru/pensyarah kerana biasanya isi yang terkandung dalamnya tidak panjang lebar malah lebih ‘straight to the point’.
Ia juga mudah difahami. Ada juga guru/pensyarah yang memberi nota berasaskan point yang penting dan selalu ditanya dalam ‘exam’.
2. Banyakkan buat latihan
Nama pun ‘last minute’. Jadi, lebih baik korang banyakkan buat latihan daripada membaca. Lebih baik korang menghadap buku latihan daripada menghadap buku teks yang tebal tu. Buku latihan akan memudahkan kita mengingat is-isi penting, membiasakan dengan soalan-soalan latihan dan jawapan yang betul, dan akan lebih ingat tajuk-tajuk penting yang dah disaring daripada buku teks.
3. "Turn OFF your phone"
Buat masa sekarang ni cuba korang renggangkan hubungan sekejap (sekejaaaaappp je) dengan 'member' media sosial korang tu sekejap kecuali untuk hal hal yang penting sahaja. Nak lagi cantik tutup segala jenis gadjet yang boleh mengganggu gugat ketenteraman korang masa ulang kaji. Kalau korang rasa teringin sangat nak layan IG, boleh lah layan masa rehat 15 minit. Tapi, lepas tu kena disiplin, tak boleh tengok dah.
4. Study group
Ada yang suka belajar berkumpulan, ada yang suka belajar berseorangan. Tapi, percayalah! Kalau korang dah tahap kritikal macam ni, study group adalah salah satu cara efektif untuk korang jika pandai memanfaatkan masa. Hah? Takde kawan, tak ada member? Tak tahu nak cakap apa… Suka atau tidak, study group dapat membantu korang kumpulkan maklumat yang mungkin tertinggal. Pada masa sama, rakan korang boleh betulkan dan fahamkan apa yang silap dan kurang faham. Tapi, awas! Study group ni kadang-kadang boleh meleret-leret. Jadi, disiplinkan diri, fokus dan elakkan daripada berbual perkara tak berfaedah.
5.JANGAN ABAIKAN WAKTU TIDUR
Walaupun korang sudah bersungguh-sungguh mengaplikasikan tips belajar ini, pastikan anda dapat tidur secukupnya menjelang peperiksaan.
Ini kerana jika korang kurang tidur, badan mudah letih, tidak fokus malah punya potensi besar untuk membuat kesilapan sewaktu menjawab soalan kerana otak tidak dapat berfungsi sebaiknya.
Pastikan juga makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, telur, ikan salmon, kacang, coklat gelap, teh hijau dan jus delima yang kaya dengan protein, omega-3 serta fiber yang meningkatkan lagi keupayaan otak untuk berfikir.
Selamat berjaya!

Comments

Popular Posts