Belajar Secara Berkumpulan

Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan.

Belajar secara berkumpulan ni ada kebaikan dan keburukannya. Jadi, kita mestilah pandai mengawal keadaan dan kita juga boleh mencorakkan bagaimana cara nak belajar secara berkumpulan.

Tips Belajar secara Berkumpulan.
1) Mesti pilih kawan yang betul-betul nak belajar. Bukan apa, kalau kita pilih kawan yang suka berborak benda yang tidak berfaedah tentu akan memberi kesan kepada kita dan juga kepada ahli kumpulan yang lain.
2) Kena pilih tempat yang tenang seperti perpustakaan atau Pusat Tuisyen agar situasi tersebut dapat membantu kita mendapat ketenangan semasa belajar. Jangan sesekali memilih tempat yang bising kerana akan memberi tekanan serta apa yang kita belajar tak masuk dan tak kekal lama.

Gambar dibawah menunjukkan Sesi Pembelajaran secara berkumpulan yang dilakukan di Pusat Tuisyen Efektif Minda Wawasan.


Small Group Discussion Subject Chemistry Form 5


Small Group Discussion Subject Math Form 3

Comments

Popular Posts