Cara belajar di bulan ramadhan



Salam dan salam ramadhan... pertama sekali marilah kita bersyukur ke hadirat ALLAH SWT kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk terus menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini... Alhamdulillah...

Cara study ini sesuai untuk para pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM, STPM dan Peperiksaan akhir sem di kolej @ Universiti..

Pertama sekali, Pergi solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah di surau @ Masjid.

Yang kedua, selesai je solat tarawih (jangan solat witir lagi) terus tido dengan lenanya..

Ketiga, lebih kurang pukul 3 pagi, bangun semula terus study... jangan takut untuk study pada masa ini sebab bulan puasa hantu cuti...hahah..

Keempat, selepas study, lebih kurang pukul 5, buat Qiamullai.... solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Hajat, Baca Quran dan Solat Witir... Doa semoga apa yang kita belajar dari jam 3 tadi mudah - mudahan kita faham dan ingat.. insyaALLAH...

Bertambah untung jika kita Qiamullai jatuh pada malam Lailatul Qadar.. masyaALLAH.. makbul doa kita nak dapat kejayaan dalam peperiksaan.

Kelima, selepas Qiamullai, sahur dan solat subuh secara berjemaah... dan terus bersiap untuk ke sekolah...

Gerenti tak mengantuk... kejayaan tak akan datang tanpa usaha dan pengorbanan,,, so, berusahalah untuk study disamping kita mencari kelebihan malam seribu bulan.. insyaALLAH..

Cara study ini bagus sebab kita dah combinekan akademik dengan agama... di mana selepas kita study, kita pohon agar kita faham apa yang kita belajar...

Comments

Popular Posts