Hari ini dalam sejarah
Hari ini dalam sejarah : PENGELUARAN PERTAMA LOMBONG TEMBAGA DI SABAH
Tarikh Peristiwa : 08-05-1975
Pada hari ini dalam tahun 1975, sebuah lombong tembaga di Mamut, Sabah telah memulakan pengeluarannya.
Lombong tembaga ini dijangka mampu mengeluarkan kira-kira 122,400 tan metrik pati tembaga (cooper concentrates) setiap tahun. Bagi tahun ini, pengeluaran hasil lombong dijangka sebanyak 21,613.8 tan metrik bijih tembaga.
Kerja-kerja perlombongan secara kaedah lombong dedah telah dilakukan oleh syarikat gabungan diantara Malaysia dan Jepun.
Tembaga yang dikeluarkan dari lombong ini amat bernilai dan berguna terutama terhadap industri pengeluaran barangan elektrik.
Sesungguhnya industri perlombongan tembaga ini membuktikan negara kita kaya dengan pelbagai hasil bumi yang dapat meningkatkan pengeluaran dan ekonomi negara.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Comments
Post a Comment