Sekolah kanak kanak nakal pertama negara
Hari ini dalam sejarah : SEKOLAH KANAK-KANAK NAKAL PERTAMA NEGARA DIBUKA
Tarikh Peristiwa : 14-05-1948
Pada hari ini dalam tahun 1948, Persuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Tuan Yang Terutama Sir Edward Gent, membuka dengan rasminya Sekolah Kanak-Kanak Nakal di Dusun Tua, Selangor.
Menurut Sir Edward Gent, sekolah ini dibuka untuk membantu dan memulihkan kanak-kanak lelaki yang menempuh kehidupan mereka tanpa penjagaan dan kasih sayang yang sempurna daripada keluarga atau penjaga.
Kumpulan pelajar pertama sekolah ini seramai 47 orang, terdiri daripada golongan yang bermasalah dalam disiplin hidup. Sekolah ini merancang untuk menempatkan dan memulihkan seramai 400 orang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dari seluruh pelusuk Persekutuan Tanah Melayu.
Sekolah ini menyediakan kemudahan seperti dua buah bangunan asrama, bilik bacaan, bilik jahitan dan kawasan lapang untuk kanak-kanak ini bermain dan beriadah.
Dengan pembukaan sekolah ini dapat memberi harapan dan sinar baru kepada kanak-kanak nakal untuk meneruskan kehidupan yang lebih teratur, berdisplin di bawah pengawasan yang lebih baik.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Comments
Post a Comment