Cara Belajar Untuk Dapatkan Keputusan Yang Baik


1. Mengajar orang lain apa yang anda belajar

Cuba untuk masukkan apa yang anda belajar dah belajar dalam perbualan akan membuat imej yang lebih jelas dan akan membantu anda dalam memahami dan mengingat apa yang sudah dipelajari.

2. Memanfaatkan waktu yang ada

Setiap pelajar diharapkan mampu memanfaatkan waktu di mana pun berada. Misalnya sambil-sambil jalan mengunggu bas, atau sedang makan, cubalah selitkan ruang untuk membaca satu muka surat atau mengingat pelajaran yang telah dibaca.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda.

4. Belajar pagi hari dan buat jadual belajar

Belajar di pagi hari lebih, otak lebih mudah menerima apa yang sedang dipelajari, kerana otak masih segar dan buatlah satu jadual belajar. Patuhi jadual yang sudah ditetapkan.

5. Fokuslah pada pelajaran yang lemah

Jika ada salah satu pelajaran yang susah untuk difahami, seringlah bacanya berulang-kali. Kalau masih tak faham juga tanyakan saja ke guru atau rakan yang lebih faham.

Comments

Popular Posts