PERUBAHAN KEADAAN JIRIM

1. Keadaan fizik jirim suatu bahan boleh berubah apabila berlakunya perubahan suhu dan tekanan. Contohnya, air wujud sebagai ais (keadaan pepejal) pada suhu kurang daripada 0 °C pada tekanan 760 mmHg. Air (keadaan cecair) wujud pada suhu antara 0 °C dan 100 °C. Pada suhu lebih daripada 100 °C, stim (keadaan gas) terbentuk.
2. Jirim menyerap tenaga haba apabila dipanaskan dan membebaskan tenaga haba apabila disejukkan. Ini boleh menyebabkan suhu jirim berubah.
3. Apabila jirim dipanaskan, zarah-zarahnya menerima tenaga haba dan tenaga kinetiknya bertambah, maka suhu bertambah.
4. Apabila jirim disejukkan, zarah-zarahnya membebaskan tenaga haba. Maka tenaga kinetiknya berkurang, maka suhu menurun.
5. Perubahan keadaan fizik sesuatu jirim boleh berlaku dengan mengubahkan suhu jirim.
5. Perubahan keadaan jirim sesuatu bahan boleh diterangkan dengan menggunakan teori kinetik jirim.









For more info, head to our facebook page :  https://www.facebook.com/emwtcpermata/

Comments

Popular Posts