Kebanyakan daripada kita semua suka untuk berkoya/berimiginasi mampu untuk berbuat apa sahaja.
Kita suka untuk buat perkara baru, mencuba makanan baru, melancong ke destinasi asing, bertemu dengan kenalan baru dan buat perkara-perkara yang kita idamkan selama ini.
Tapi yang malangnya, ramai dari kita tidaklah pula mempunyai kecenderungan atau cita-cita untuk menjejaki kembali apa yang kita idamkan itu.
Selalunya kawan suka untuk mengajak kita mencuba sesuatu yang baru, dan kita pula kadangkala yang menolak ajakan mereka.
Mungkin ini disebabkan oleh tiada masa, penat, kurang berminat berminat dan takut untuk meninggalkan kehidupan harian zon selesa kita.
Alasan pertama dan kedua mungkin boleh diterima, tetapi alasan ketiga tidak sepatutnya menghalang kita.
Lain kali, jika ada kawan-kawan yang mencadang atau mengajak mencuba sesuatu yang baru, ikutlah mereka.
Walaupun ia mungkin semudah mencuba masakan zimbabwe direstoran baru, ataupun selasak memanjat gunung dan membuat sky-diving.
Jangan takut. Luaskan hati kita untuk mencuba sesuatu yang baru.
Mencuba perkara baru mungkin boleh membebankan kita, tetapi kita akan belajar banyak perkara daripada ini.
5 Sebab Mengapa kita Perlu Cuba Sesuatu Yang Baru:
- Memberi kepuasan hidup – Hidup tidak akan dipenuhi sekiranya kita tidak keluar melihat dunia dan cuba sesuatu yang baru. Hidup bukannya untuk statik, kekal pada sesuatu tempat yang sama, dan buat benda yang sama setiap hari. All men die, but not all men live.
- Mengelakkan kebosanan – Bereksperimen dengan benda baru mengelakkan kita dari merasa bosan. Benda yang paling teruk dalam kehidupan ini adalah membiarkan diri kita memburuk kebosanan. Elakkan otak kita dari tidak berfungsi.
- Cuba sesuatu yang baru meningkatkan keyakinan diri kita. Keluar pergi memanjat gunung atau buat sesuatu yang memerlukan keyakinan akan memaksa diri kita meningkatkan keyakinan dengan sendirinya. Kita akan merasa peningkatan diri dan terkejut dengan potensi yang terdapat pada diri kita.
- Cuba sesuatu yang baru akan membuka minda kita. Manusia selalu takut untuk mencuba apa yang mereka tidak tahu, tetapi dengan mencuba sesuatu yang barulah ia akan membuka ruang untuk ilmu dan pengalaman baru. Kadangkala kita perlu juga untuk melihat dari perspektif yang lain.
- Memandu pertumbuhan & kematangan diri. Melakukan perkara yang sama setiap hari, makan di restoran yang sama, berfikir dengan cara yang sama dan hanya bercakap perkara yang lebih kurang sama setiap hari tidak akan mengembangkan akal kita. Pertumbuhan manusia memerlukan action, didalam bentuk situasi yang baru, pengalaman ataupun attitude kita.
Otak kita memerlukan cabaran untuk membuatkannya sentiasa dirangsang. Fakta sains menyatakan, semakin usia kita tua, semakin otak kita perlu dirangsang untuk berfikir.
Jadi, daripada kita memperlahankan diri kita, kita patut mencuba sesuatu yang baru, pergi ke tempat baru, belajar sesuatu yang baru untuk mencabar kepercayaan kita selama ini mengenai dunia diluar sana dan mengenai diri kita sendiri.
Cabaran membentuk kematangan
Sebelum saya menjadi tour leader (kembara sufi) dahulu, saya memang takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
Sudahlah tidak pernah ke luar negara, lepastu perlu pulak jadi tour leader. Sangat menggerunkan untuk memimpin trip 40 orang ke tempat yang kita sendiri pun belum pernah sampai. ohoho!
— Tapi saya ambil keputusan untuk menerima cabaran ini.
Pada mulanya memang sukar dan memeningkan.
Tapi lama-kelamaan saya mula berasa yakin dan belajar banyak perkara.
Disamping dapat melihat negara luar dan mendalami budaya kehidupan masayarakat lain di dunia.
Secara tidak langsung juga saya dapat belajar berkomunikasi, belajar untuk memegang tanggungjawab dan belajar untuk tidak takut menerima perubahan.
Alhamdulillah setakat ini saya telah berjaya membawa beberapa trip ke Korea dan China.
Begitu juga sebelum saya menjadi jurukamera perkahwinan dan penulis, saya berasa takut dan tidak yakin.
Tetapi setelah mencuba dan melaluinya, barulah saya kenal diri dan potensi dalam diri saya.
Sekarang saya percaya, untuk maju ke hadapan perlu ada perubahan dan keluar dari zon selesa kita.
Yang terbaru, saya memang sengaja minta ditugaskan ke pedalaman sabah.
Pasti sesuatu yang menarik akan menunggu sepanjang saya disana. hehe
Yang penting kita kena berani menyahut cabaran dan melapangkan dada. InsyaaAllah, keyakinan diri dan skill lain akan datang dengan sendirinya.
Inilah yang akan memperkayakan kehidupan & menambah kematangan fikiran kita.
Penutup
Cubalah sesuatu yang baru untuk hidup.
Jika ada kawan mengajak melakukan sesuatu, terimalah pelawaan mereka. Jangan takut, walaupun kita rasa tidak selesa. Cabarlah diri anda.
Change is good. Change is necessary in order to move forward.
Jadi apa perancangan anda setakat ini?
Comments
Post a Comment