ni Adalah Senarai Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Semasa PKP. Pada 16 Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Perlaksanan perintah tersebut digunapakai ke atas seluruh rakyat Malaysia, sekaligus menyebabkan semua institusi pendidikan, permis awam dan swasta ditutup kecuali yang tersenarai dalam perkhidmatan penting negara.

GIF
Ini Adalah Senarai Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Semasa PKP
Ini Adalah Senarai Aktiviti Anda Buat Cuba Semasa PKP

Dipanjangkan sehingga 30 April

Ya, sejak 18 Mac yang lepas semua rakyat Malaysia mula mematuhi arahan untuk duduk di rumah dan hanya keluar ketika perlu sahaja. Tambahan pula, perintah ini telah dipanjangkan sehingga 30 April 2020. Selepas beberapa minggu, ramai mula ketandusan idea dan bagai cacing kepanasan mencari aktiviti/ perkara yang boleh dilakukan pada masa terluang. Kami senaraikan beberapa aktiviti yang anda boleh buat sepanjang tempoh tersebut!

GIF
Ini Adalah Senarai Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Semasa PKP
Kredit: Giphy

Stay Connected

Walaupun perintah kawalan pergerakan ini mengehadkan pertemuan anda bersama keluarga dan kawan-kawan, namun itu tidak bermakna anda tidak boleh terus berhubung dengan mereka. Zaman dah semakin moden, ada bermacam-macam aplikasi yang boleh digunakan untuk berhubung antara satu sama lain tanpa perlu keluar rumah. Jangan lupa untuk bertanya khabar selalu terutamanya mereka yang menjalankan PKP ini bersendirian di rumah – it could be mentally challenging for them! Yalah sikda orang dengan kelakar, boring bah.

Selain Whatsapp Video Call, Skype atau mana-mana aplikasi yang common, ada satu lagi aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat video call secara ramai-ramai iaitu aplikasi Houseparty. Anda boleh video call lebih daripada 5 orang dalam satu masa! Bah, boleh lah ‘lepak’ rami-rami tok!

GIF
Ini Adalah Senarai Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Semasa PKP
Kredit: Giphy

Memasak

Ha, bagi yang selalu mengadu tidak ada masa untuk memasak di rumah sebelum ini, inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Hampir sebulan PKP dilaksanakan, anda bolehlah mula mencuba resepi-resepi yang selama ini hanya mampu kongsikan di wall anda sahaja. Lagipun, homecooked food biasanya lebih sedap dan bolehlah diolah agar betul-betul menepati cita rasa anda. Anak-anak pun suka! Berikut merupakan akaun-akaun Instagram dan Facebook page yang boleh anda follow untuk resepi-resepi awesome yang anda boleh cuba :
– Khairulaming
– Marion Grasby
– Yatie Kitchen

Apakah masakan terbaharu anda? Komen resipi anda untuk orang lain cuba!

Bersenam

Siapa kata bersenam hanya boleh dilakukan di luar rumah? Terdapat banyak senaman ringan yang boleh anda lakukan di dalam rumah, terutamanya senaman yang menggunakan berat badan sendiri seperti angkat berat, tekan tubi dan sebagainya. Bersenam di rumah juga baik untuk kesihatan, terutamanya untuk mereggangkan otot-otot setelah jenuh scrolling screen telefon bimbit anda sehari-harian untuk kekal up-to-date dengan isu-isu semasa.

Ini Adalah Senarai Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Semasa PKP
Anda boleh gunakan senaman dalam gambar ini sebagai rujukan. Semua senaman disenaraikan tidak perlu menggunakan alat-alat senaman, disebaliknya menggunakan berat badan sahaja.

Bagi mereka yang baru berjinak dalam bidang senaman, anda boleh membuat senaman ringkas seperti naik turun tangga (contoh, naik turun tangga sebanyak 10 kali). Selain bersenam secara langsung, anda boleh mengeluarkan peluh dengan cara lain seperti bercucuk tanam, mencuci kereta (walaupun anda tidak pergi ke mana-mana pun, anggap sahaja sebagai ‘senaman’ hehe), sapu dan mop lantai dan sebagainya.

GIF
Kalau anda seorang penari atau penggemar tarian, anda boleh juga bersenam melalui tarian! Kredit: Giphy

Belajar Skil Baru

Masa yang terluang juga sebaik-baiknya dimanfaatkan dengan mempelajari skil baru, bak kata pepatah, menuntut ilmu biarlah sampai ke negara Cina. Namun jangan risau, anda tidaklah sampai perlu pergi ke China untuk menuntut ilmu (not until COVID-19 settle, at least). Apa yang boleh anda lakukan ketika PKP ini adalah dengan menyertai kursus-kursus di atas talian. Antara website atau portal yang boleh anda terokai adalah seperti Youtube, Courserra dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Amazon turut memberi akses percuma kepada buku dan audio stories untuk kanak-kanak yang boleh diakses melalui pautan ini. Dengan itu, anda dan anak-anak pastinya dapat memenuhi masa terluang dengan lebih bermanfaat.

GIF
evil dead drawing GIF
Anda boleh cuba hobi baharu seperti melukis, atau mengasahkan skill masakan anda. Gunakan masa yang ada untuk mencuba hobi domestik yang sesuai dibuat di rumah! Kredit: Giphy
GIF
 Kami senaraikan beberapa aktiviti yang anda boleh buat sepanjang tempoh tersebut
Anda boleh juga cuba menulis karya seperti novel ringkas atau yang bersiri. Mana tahu, anda boleh menjadi seorang penulis karya yang berjaya suatu hari nanti kan? Selain atas kertas, anda boleh gunakan laman web yang khas untuk penulisan seperti Wattpad. Kredit: Giphy

Online Dating

Menurut Firma Pemasaran YouGov,3 daripada 10 penduduk Malaysia merupakan pengguna aktif aplikasi online dating. Ternyata ianya bukanlah sesuatu yang baru, jadi bagi mereka yang masih single, PKP mungkin merupakan alasan yang paling baik untuk anda mencari jodoh di atas talian. Manalah tahu, selepas tamatnya PKP, anda mungkin sudah boleh merancang majlis perkhwinan anda! Jodoh kan di tangan Tuhan.

Oh ya, bercakap mengenai online dating, kami ada sesuatu yang menarik untuk anda dan anda juga berpeluang untuk memenangi Voucher Tunai bernilai RM100 (x5). Peluang ini terbuka kepada mereka yang berumur 18-15 tahun, tanpa mengira status perkahwinan. Anda hanya perlu menjawab kaji selidik berikut : Relationship between smartphone dating application and sexual behaviour among young adult in Sarawak.


Disclaimer : Ini merupakan kaji selidik yang dijalankan oleh Dr Jesica Jenah Ramping, dan yang kini sedang mengikuti program Master of Public Health (MPH) di UNIMAS. Dengan mengklik butang ‘Setuju’ dalam borang persetujuan peserta, anda menunjukkan bahawa penyertaan anda dalam penyelidikan ini adalah secara sukarela.

Comments

Popular Posts